About Us

Sunday, November 27, 2011

Perlawanan Hidup Atau Mati

Salam sejahtera,


Malam ini akan berlangsung perlawanan kelayakan olimpik antara Malaysia dan Bahrain. Perlawanan ini diibaratkan perlawanan hidup atau mati bagi kedua-dua pasukan. Pasukan yang menang akan mencerahkan peluang untuk menduduki tempat kedua dalam kumpulan manakala pasukan yang kalah hampir pasti terkeluar.

Dari segi statistik, Bahrain kalah kedua-dua perlawanan awal. Malaysia juga sama. Bahrain telah bolos 5 gol dan berjaya menjaringkan 1 gol. Malaysia pula bolos 4 gol tetapi belum berjaya menjaringkan gol. Jadi di atas kertas, peluang kita dan Bahrain adalah seimbang sebenarnya. 

Dari segi fizikal, pemain Bahrain memang cukup bersedia manakala pemain Malaysia pula diharapkan berjaya menggunakan peluang 3 hari ini untuk menghilangkan kepenatan dan memulihkan kekuatan. Bahrain sudah tentu akan menggunakan kelebihan fizikal yang mereka ada sama seperti Syria. Mereka mungkin mencari gol menerusi tendangan percuma atau tendangan sudut. Di sini mereka berpeluang melaksanakan "set piece" seperti yang dilakukan oleh Syria. 

Malaysia mempunyai kelebihan dari segi teknik di mana kita berupaya melakukan hantaran-hantaran pendek. Hantaran-hantaran pendek ini boleh mengelirukan pasukan Bahrain seperti yang berlaku kepada Syria pada separuh masa pertama. Cuma kekurang kita mungkin bahagian serangan yang agak tumpul. Sandaran mungkin diletakkan kepada Wan Zack Haikal, Thamil Arasu dan juga Fakhri untuk menjaringkan gol. Kelebihan bermain di tempat sendiri juga patut digunakan oleh pasukan Malaysia. Kita juga harap penyokong Malaysia dapat memenuhkan stadium dan memberi sokongan padu kepada pasukan kita.

Perlawanan malam ini pasti sengit umpama "perlawanan akhir". Pasukan mana yang berjaya menyudahkan peluang-peluang yang terhasil akan menang. Ramalan saya, Malaysia akan menang 2-1 :)

Abu Adib
Semenyih

1 comment:

Sila hantarkan komen anda disini. Boleh komen tentang penulisan dan macamana nak improve lagi blog ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Member's Form

Isi Maklumat Anda Sekarang
untuk tidak ketinggalan menerima update terbaru
Name
Email