About Us

Wednesday, November 30, 2011

Jahit Baju Sendiri

Salam Sejahtera,

Semalam semasa saya melayari forum terjumpa dengan satu post mengenai Ebook Cara Jahit Baju Kurung - Panduan Langkah Demi Langkah. Ia menerangkan satu persatu langkah-langkah daripada cara mendapatkan ukuran sehinggalah kepada cara menjahit poket baju kurung. Harga yang ditawarkan pula amat berpatutan. Hanya RM40 (harga promosi sekarang) berbanding dengan kursus di luar yang berharga RM200 ke atas.

 

Teringat pula zaman sekolah saya dulu. Walaupun saya seorang pelajar lelaki, saya dan beberapa orang rakan memilih Ekonomi Rumah Tangga bagi subjek kemahiran hidup. Sebenarnya kami semua teruja nak masak je, lepas masak boleh melantak free :-). Antara kemahiran yang di ajar ialah membuat baju. Oleh kerana kami pelajar lelaki, kami disuruh untuk membuat Baju Melayu teluk belanga. Kami pun belajar lah daripada membuat potongan-potongan kertas sehinggalah memotong dan menjahit. Saya masih ingat lagi masa yang paling "havoc" adalah semasa memotong kain. Kita budak-budak lelaki ni main potong sembarangan je macam gunting kertas. Hasilnya ramai yang tersalah potong. Ada yang terlebih kecil dan ada lak yang terlebih besar. Apa lagi, mengamuk lah cikgu kemahiran hidup kami. Nasib baik saya berjaya potong kain tak kecil sangat dan tak besar sangat. 

Apa yang saya sangat bangga, saya berjaya siapkan baju melayu saya. Semua jahitan dibuat dengan tangan (lepas itu dijahit dengan mesin jahit oleh ibu). Bangga dapat siapkan baju saya tersebut dan baju tu saya selalu pakai untuk pergi ke surau sekolah walaupun diperbuat daripada kain yang murah. Rasa sangat-sangat puas hati sebab itu hasil titik peluh sendiri. 

Sekarang saya dah bekerja dan berkeluarga. Berkat belajar menjahit masa di sekolah dulu, saya boleh menjahit pakaian yang terkoyak sendiri. Bila terjumpa dengan Ebook ini saya menjadi kembali teruja. Kalau saya pandai menjahit, mungkin saya boleh menjahit baju raya saya sendiri, atau pun jika dah mahir boleh ambil upah. Dapat jugak income lebih semasa ekonomi merundum sekarang ni.

Pada pendapat saya, Ebook ini sangat bagus untuk orang yang tak ada banyak masa seperti saya dan juga orang yang hendak mengikuti kursus tapi kekurangan modal. Satu lagi kelebihan Ebook ini ialah, saya boleh belajar step-by-step mengikut masa yang saya ada. Kalau ada masa lebih boleh belajar dan kalau sibuk boleh ditangguhkan dulu.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Ebook ini, anda boleh klik di sini ataupun pada mana-mana banner. Sila isikan nama dan email anda untuk kami menghantar info-info terkini pada masa akan datang.


Name
Email

Jumpa lagi.

Abu Adib
Semenyih




Monday, November 28, 2011

Kalah dalam masa 5 minit

Salam Sejahtera,

Pasti semua penyokong bolasepak Malaysia terkilan malam ini. Bagaimana pasukan kita yang mendahului 2-0 boleh kalah 2-3 kepada pasukan lawan yang bermain dengan 10 orang? Bagaimana kita boleh bolos 3 gol dalam masa 5 minit. Sungguh tak masuk akal jika difikirkan tapi itulah bolasepak, apa saja boleh terjadi.



Komen Ong Kim Swee selepas perlawanan tersebut ialah pasukan Malaysia terpaksa membayar dengan harga yang mahal kerana hampir semua pemainnya terutama midfield mengalami kecederaan. Kita boleh tengok selepas Nazmi Faiz dan pemain nombor 8 (sorry tak ingat namanya) keluar. Midfield kita bagaikan kosong. Pemain Bahrain senang-senang saja menguasai bola. Gol-gol mereka dihasilkan melalui gerakan daripada tengah. Ini tak sepatutnya berlaku. Sepatutnya kita meletakkan seberapa ramai pemain ditengah padang untuk tidak memberi ruang kepada lawan.

Apapun komen kita, nasi telah menjadi bubur. Credit juga untuk pasukan Bahrain kerana mereka tidak jemu-jemu menyerang walaupun ketinggalan 0-2 dan bermain dengan 10 orang. Saya sangat respect dengan semangat juang dan keyakinan mereka. Ini yang patut dicontohi oleh pemain-pemain Malaysia. Jangan cepat berpuas hati bila mendahului manakala jangan berputus asa jika kita ketinggalan.

Perlawanan seterunya menentang Bahrain di tempat lawan pada Februari tahun depan. Harap Ong Kim Swee dapat menyediakan pasukan yang mantap menjelang pertemuan dengan Bahrain nanti. Tak mustahil untuk menang. Apa yang penting percaya kepada keupayaan kita .

HIDUP HARIMAU MUDA...

Abu Adib
Semenyih.

Sunday, November 27, 2011

Perlawanan Hidup Atau Mati

Salam sejahtera,


Malam ini akan berlangsung perlawanan kelayakan olimpik antara Malaysia dan Bahrain. Perlawanan ini diibaratkan perlawanan hidup atau mati bagi kedua-dua pasukan. Pasukan yang menang akan mencerahkan peluang untuk menduduki tempat kedua dalam kumpulan manakala pasukan yang kalah hampir pasti terkeluar.

Dari segi statistik, Bahrain kalah kedua-dua perlawanan awal. Malaysia juga sama. Bahrain telah bolos 5 gol dan berjaya menjaringkan 1 gol. Malaysia pula bolos 4 gol tetapi belum berjaya menjaringkan gol. Jadi di atas kertas, peluang kita dan Bahrain adalah seimbang sebenarnya. 

Dari segi fizikal, pemain Bahrain memang cukup bersedia manakala pemain Malaysia pula diharapkan berjaya menggunakan peluang 3 hari ini untuk menghilangkan kepenatan dan memulihkan kekuatan. Bahrain sudah tentu akan menggunakan kelebihan fizikal yang mereka ada sama seperti Syria. Mereka mungkin mencari gol menerusi tendangan percuma atau tendangan sudut. Di sini mereka berpeluang melaksanakan "set piece" seperti yang dilakukan oleh Syria. 

Malaysia mempunyai kelebihan dari segi teknik di mana kita berupaya melakukan hantaran-hantaran pendek. Hantaran-hantaran pendek ini boleh mengelirukan pasukan Bahrain seperti yang berlaku kepada Syria pada separuh masa pertama. Cuma kekurang kita mungkin bahagian serangan yang agak tumpul. Sandaran mungkin diletakkan kepada Wan Zack Haikal, Thamil Arasu dan juga Fakhri untuk menjaringkan gol. Kelebihan bermain di tempat sendiri juga patut digunakan oleh pasukan Malaysia. Kita juga harap penyokong Malaysia dapat memenuhkan stadium dan memberi sokongan padu kepada pasukan kita.

Perlawanan malam ini pasti sengit umpama "perlawanan akhir". Pasukan mana yang berjaya menyudahkan peluang-peluang yang terhasil akan menang. Ramalan saya, Malaysia akan menang 2-1 :)

Abu Adib
Semenyih

Thursday, November 24, 2011

Siapapun Amat Sukakan Kerja Kerajaan!


Banyak kelebihannya bekerja dengan sektor awam dan saya percaya disebabkan kelebihan-kelebihan inilah mengapa begitu ramai orang memohon jawatan kosong yang diiklankan di sektor awam. Antara kelebihan-kelebihan yang anda dapat sebagai seorang penjawat awam ialah:


1.Elaun perumahan
Ya, anda dapat elaun perumahan pada setiap bulan. Usah risau lagi untuk membayar sewa bulanan rumah anda kerana elaun ini sudah pasti akan membantu.

2.Cost of living allowance (COLA)
Anda bekerja di bandaraya yang taraf hidupnya adalah tinggi? Memang semuanya mahal, dari tambang bas, makan, tol dan lain - lain. Tahukah anda bahawa COLA ini dibayar berdasarkan di bandar mana anda bekerja?

3.Imbuhan tetap khidmat awam (Itka)
Anda sebagai kakitangan awam, ada satu imbuhan khas disediakan khas buat anda. Ini adalah satu penghargaan buat mereka yang berkhidmat buat negara.

4. Kenaikan gaji setiap tahun
Anda berkhidmat untuk kerajaan, sudah pasti ada kenaikan gaji tahunan anda. Lagi lama anda berkhidmat, lagi tinggi kenaikan gaji yang anda perolehi. Sudah pasti anda sukar nikmati kenaikan ini di mana - mana selain di sektor awam.

5. Kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan
Anda mahu buat pinjaman komputer ataupun pinjaman kenderaan? Dengan sepantas kilat anda boleh mendapatkannya.

6. Cuti tahunan mengikut kelayakan
Tahukah anda bahawa cuti diberikan paling minima adalah 14 hari iaitu buat pekerja am. Jika anda berjawatan professional, cuti anda adalah 25 hari. Itu belum campur lagi dengan kenaikan cuti tahunan dan juga kenaikan pangkat.

7. Cuti bersalin
Usah risau - risau jika anda rasa anda/orang rumah anda perlu ambil cuti bersalin 2 bulan. Sudah tentu ianya diberikan dengan gaji terus jalan!

8. Pinjaman perumahan
Ya, anda boleh mula memiliki aset terbesar dalam kehidupan anda, iaitu rumah! Dalam masa yang singkat, anda sudah boleh mula membuat pinjaman untuk membeli 'banglo' idaman anda.

9. Caruman KWSP atau pencen
Anda pilih mana anda suka. Nak KWSP ke pencen ke? Kedua - duanya ada kelebihan tersendiri. Jadi, usah risau akan masa depan anda lagi..

10. Bersara pada umur 58 tahun
Sungguh lama anda berkhidmat dalam kerajaan tu..Jika di luar sana, adakah anda akan diberikan peluang berkhidmat selama itu?

11. Peluang kenaikan pangkat
Siapa taknak naik pangkat kan? Naik pangkat maknanya naik gaji dan juga anda naik selevel lagi dari tahap anda sebelum ini. Kiranya anda jadi bos la ni..

12. Peluang melanjutkan pelajaran
Wah! Sambung belajar pun diberikan peluang. hebat tu! Dan untuk makluman anda, anda juga akan diberi peluang tajaan untuk menyambung pelajaran anda. Sudah tentu ini memberikan 1001 kebaikan buat anda dan juga kerajaan.

13.Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa
Boleh dikatakan pada setiap bulan anda akan dihantar ke kursus. Sudah tentu banyak ilmu pengetahuan yang anda pelajari percuma yang di "support" oleh kerajaan. Jika anda hadir sendiri kursus tersebut, dekat 4 angka juga anda perlu bayar setahun.

14. Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga
Ya, kini anda akan punyai lebih banyak masa bersama keluarga berbanding kehidupan sebelum ini. Dan keluarga anda semakin menyayangi anda seadanya

Wah! Begitu banyak kelebihan sekiranya kita bekerja dengan kerajaan ini. Akan tetapi adakah mudah untuk anda berjaya mendapat kerja kerajaan ini.


Sebelum itu, temuduga kerja kerajaan anda perlu lalui dahulu. Mungkin ini panduan khas yang dapat membantu anda. Lawati laman web tersebut sekarang.


Klik di sini untuk mendapatkan Tips Temuduga Kerajaan
 
Abu Adib
Semenyih

Syabas Harimau Muda....

Salam Sejahtera.

Syabas untuk pasukan Harimau Muda kita. Walaupun kita tewas 0-2 tapi kita tewas bermaruah. Kita tak memberikan kemenangan mudah kepada pasukan Syria.

Gol pertama Syria hadir melalui "set piece". Gol kedua pula kerana kesilapan pertahanan semasa passing bola. Memang tak dinafikan, pemain Harimau Muda kepenatan. Kita boleh tengok pada masa kedua, pemain dah tak larat nak mengejar dan mengawal bola. Itu yang jadi semua passing tak betul.

Berehat lah wahai Harimau Muda.. Rehatlah secukupnya dan kembali "mengaum" ketika melawan Bahrain ahad ini. Kita MESTI MENANG!!!!

Abu Adib
Semenyih

Wednesday, November 23, 2011

Kembali ke bumi nyata

Salam sejahtera,

Masih terngiang-ngiang lagi saat kemenangan pasukan Harimau Muda kita di Stadium Gelora Bung Karno. Akhbar pula masih lagi mengulas manakala atlit dan pegawai pula mendapat habuan RM30,000 seorang. Tapi jangan lupa, kita masih ada perjuangan yang belum selesai.

Malam ini pasukan Harimau Muda (bawah 21 tahun) kita akan berlawan dengan pasukan Syria dalam pusingan kelayakan sukan olimpik. Di atas kertas Pasukan Syria merupakan sebuah pasukan yang mantap walaupun negara mereka sedang bergolak sekarang. Mereka berjaya menewaskan pasukan Bahrain 3-1 pada perlawan pertama. Semalam, Bahrain kalah kepada Jepun 0-2 yang mana pasukan kita kalah 0-3 kepada Jepun. Pemain yang perlu diberi perhatian ialah Mardik Mardikian dan Mohammad Fares yang menjaringkan gol ketika bertemu Bahrain.

Skuad Olimpik Syria


Harimau Muda kita pula masih lagi keletihan selepas mengharungi perlawanan akhir yang berlarutan ke sepakan penalti 2 hari yang lepas. Jika kita lihat di atas kertas, pasukan Malaysia adalah pasukan yang mempunyai ranking terendah diantara semua pasukan di pusingan ketiga ini. Kita tewas kepada Jepun 0-3 pada perlawanan pertama. Pada saya, pemain kita pada waktu itu terlalu menghormati pasukan Jepun. Kita tidak bermain pada keupayaan sebenar kita. Saya melihat kita mempunya pasukan yang bagus. Walaupun tak banyak skill individu yang dipamerkan oleh pemain. Persefahaman mereka amat baik. Ini dapat kita lihat midfield kita boleh bermain "passing game" yang baik. Saya harap kita dapat menggunakan kelebihan ini ketika menentang Syria nanti. Jangan takut untuk menyerang mereka. Kita kena tunjuk yang kita juga boleh melukakan mereka. Gunakan akal dan kelebihan yang ada pada kita untuk merobek gol mereka. Harap Wan Zack Haikal, "Kecik" dan Syahrul Azwani dapat diturunkan. :)


Skuad Olimpik Malaysia


AYUH Harimau Muda!! Berjuang habis-habisan. Jangan menyerah kalah sebelum bertarung. Doa kami bersama-sama anda..

MALAYSIA BOLEH!!!

Abu Adib,
Semenyih



Tuesday, November 22, 2011

TAHNIAH Pasukan Bolasepak Malaysia!!

Salam sejahtera,

Tahniah untuk pasukan bolasepak bawah 23 tahun negara kerana mengulangi pencapaian pingat emas.
Rasanya ini kejayaan pertama kita menang "back to back" emas di Sukan SEA..
Nampaknya usaha FAM memberi pendedahan di Slovakia berbaloi..

HIDUP HARIMAU MELAYA..

Monday, November 14, 2011

Sunrisebiz.blogspot

Salam Sejahtera,

Kali ini saya ingin menulis sedikit mengenai link blog ini iaitu Sunrisebiz.blogspot.com.

Sunrisebiz adalah singkatan daripada perkataan "sunrise bisness" ataupun  perniagaan matahari terbit.
Perniagaan matahari terbit ialah perniagaan yang sedang berkembang. Tak ramai orang yang belum mengetahui tentang perniagaan tersebut. Jadi sesiapa yang menceburi bidang tersebut akan mempunyai peluang yang tinggi untuk berjaya.

Perniagaan telefon bimbit sebagai contoh, adalah sunrise business pada tahun 90-an dahulu. Pada waktu tersebut, harganya sangat mahal dan tidak banyak syarikat pengeluar. Sesiapa yang menceburi bidang tersebut dahulu, sudah pasti akan memperolehi keuntungan yang berganda-ganda kerana permintaan semakin meningkat dan juga kurangnya persaingan. Sekarang, telefon bimbit boleh didapati dengan harga kurang RM100 dan sudah banyak syarikat pengeluar di pasaran. Jika kita mahu menceburi bidang ini sekarang amatlah susah kerana pasaran sudah "matured". Persaingan untuk mendapatkan pelanggan amat sengit dan amat susah untuk syarikat yang baru untuk menembusi pasaran.



Sekarang ini, saya melihat salah satu daripada sunrise bisness adalah perniagaan berasaskan internet. Tidak kiralah jual beli produk fizikal ataupun produk digital, potensinya amat besar kerana perkara ini adalah baru di Malaysia. Keuntungan perniagaan internet ialah kos promosi yang jauh lebih murah dan dapat dipromosikan kepada ramai bakal pelanggan. Pengguna internet di Malaysia berjumlah jutaan orang dan semakin bertambah dengan meningkatnya kadar penetrasi internet hingga ke kawasan luar bandar. Kemunculan laman sosial seperti Facebook yang sedang digilai ramai pula, menjadikan pengiklanan lebih mudah dan murah.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menceburi bidang perniagaan internet ini. Anda boleh bermula walaupun tidak mempunyai modal.. Tak percaya? Ramai orang sudah membuktikannya..

Sekian dulu coretan saya. Jumpa lagi.

AbuAdib
Semenyih,Malaysia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Member's Form

Isi Maklumat Anda Sekarang
untuk tidak ketinggalan menerima update terbaru
Name
Email