About Us

Wednesday, November 23, 2011

Kembali ke bumi nyata

Salam sejahtera,

Masih terngiang-ngiang lagi saat kemenangan pasukan Harimau Muda kita di Stadium Gelora Bung Karno. Akhbar pula masih lagi mengulas manakala atlit dan pegawai pula mendapat habuan RM30,000 seorang. Tapi jangan lupa, kita masih ada perjuangan yang belum selesai.

Malam ini pasukan Harimau Muda (bawah 21 tahun) kita akan berlawan dengan pasukan Syria dalam pusingan kelayakan sukan olimpik. Di atas kertas Pasukan Syria merupakan sebuah pasukan yang mantap walaupun negara mereka sedang bergolak sekarang. Mereka berjaya menewaskan pasukan Bahrain 3-1 pada perlawan pertama. Semalam, Bahrain kalah kepada Jepun 0-2 yang mana pasukan kita kalah 0-3 kepada Jepun. Pemain yang perlu diberi perhatian ialah Mardik Mardikian dan Mohammad Fares yang menjaringkan gol ketika bertemu Bahrain.

Skuad Olimpik Syria


Harimau Muda kita pula masih lagi keletihan selepas mengharungi perlawanan akhir yang berlarutan ke sepakan penalti 2 hari yang lepas. Jika kita lihat di atas kertas, pasukan Malaysia adalah pasukan yang mempunyai ranking terendah diantara semua pasukan di pusingan ketiga ini. Kita tewas kepada Jepun 0-3 pada perlawanan pertama. Pada saya, pemain kita pada waktu itu terlalu menghormati pasukan Jepun. Kita tidak bermain pada keupayaan sebenar kita. Saya melihat kita mempunya pasukan yang bagus. Walaupun tak banyak skill individu yang dipamerkan oleh pemain. Persefahaman mereka amat baik. Ini dapat kita lihat midfield kita boleh bermain "passing game" yang baik. Saya harap kita dapat menggunakan kelebihan ini ketika menentang Syria nanti. Jangan takut untuk menyerang mereka. Kita kena tunjuk yang kita juga boleh melukakan mereka. Gunakan akal dan kelebihan yang ada pada kita untuk merobek gol mereka. Harap Wan Zack Haikal, "Kecik" dan Syahrul Azwani dapat diturunkan. :)


Skuad Olimpik Malaysia


AYUH Harimau Muda!! Berjuang habis-habisan. Jangan menyerah kalah sebelum bertarung. Doa kami bersama-sama anda..

MALAYSIA BOLEH!!!

Abu Adib,
Semenyih



No comments:

Post a Comment

Sila hantarkan komen anda disini. Boleh komen tentang penulisan dan macamana nak improve lagi blog ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Member's Form

Isi Maklumat Anda Sekarang
untuk tidak ketinggalan menerima update terbaru
Name
Email