About Us

Monday, November 28, 2011

Kalah dalam masa 5 minit

Salam Sejahtera,

Pasti semua penyokong bolasepak Malaysia terkilan malam ini. Bagaimana pasukan kita yang mendahului 2-0 boleh kalah 2-3 kepada pasukan lawan yang bermain dengan 10 orang? Bagaimana kita boleh bolos 3 gol dalam masa 5 minit. Sungguh tak masuk akal jika difikirkan tapi itulah bolasepak, apa saja boleh terjadi.



Komen Ong Kim Swee selepas perlawanan tersebut ialah pasukan Malaysia terpaksa membayar dengan harga yang mahal kerana hampir semua pemainnya terutama midfield mengalami kecederaan. Kita boleh tengok selepas Nazmi Faiz dan pemain nombor 8 (sorry tak ingat namanya) keluar. Midfield kita bagaikan kosong. Pemain Bahrain senang-senang saja menguasai bola. Gol-gol mereka dihasilkan melalui gerakan daripada tengah. Ini tak sepatutnya berlaku. Sepatutnya kita meletakkan seberapa ramai pemain ditengah padang untuk tidak memberi ruang kepada lawan.

Apapun komen kita, nasi telah menjadi bubur. Credit juga untuk pasukan Bahrain kerana mereka tidak jemu-jemu menyerang walaupun ketinggalan 0-2 dan bermain dengan 10 orang. Saya sangat respect dengan semangat juang dan keyakinan mereka. Ini yang patut dicontohi oleh pemain-pemain Malaysia. Jangan cepat berpuas hati bila mendahului manakala jangan berputus asa jika kita ketinggalan.

Perlawanan seterunya menentang Bahrain di tempat lawan pada Februari tahun depan. Harap Ong Kim Swee dapat menyediakan pasukan yang mantap menjelang pertemuan dengan Bahrain nanti. Tak mustahil untuk menang. Apa yang penting percaya kepada keupayaan kita .

HIDUP HARIMAU MUDA...

Abu Adib
Semenyih.

No comments:

Post a Comment

Sila hantarkan komen anda disini. Boleh komen tentang penulisan dan macamana nak improve lagi blog ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Member's Form

Isi Maklumat Anda Sekarang
untuk tidak ketinggalan menerima update terbaru
Name
Email