About Us

Wednesday, December 21, 2011

Berkebun Hilangkan Stress?

Salam sejahtera,

Kita hidup di zaman yang banyak stress. Kalau di bandar-bandar besar seperti di KL ini, pagi-pagi lagi orang dah stress. Apa taknya, kita terpaksa keluar awal pagi dan mengharungi traffic jam yang tak berkesudahan semata-mata untuk ke tempat kita mencari rezeki. Kalau hari hujan atau pun ada accident di tengah jalan, alamat sampai lambat lah kita ke pejabat. Salah satu kesan daripada stress ialah badan akan jadi lesu dan tidur tak lena. Jadi bagaimana nak hilang atau kurangkan stress?

Salah satu caranya ialah dengan berkebun. Dengan berkebun, kita boleh merehatkan badan dan fikiran kita. Kita akan merasa damai dan tenteram. Kajian di Taiwan mendapati antara sebab utama orang berkebun ialah untuk melepaskan diri (escape). Mungkin ini adalah motivasi semulajadi.



Satu kajian di Belanda (Netherland) pula mendapati antara aktiviti membaca di dalam rumah dan berkebun, aktiviti berkebun didapati lebih banyak mengurangkan stress berbanding membaca.

Satu survey di Texas, Amerika pula mendapati orang yang berkebun lebih berkeupayaan untuk membuat aktiviti fizikal, lebih bertenaga dan menikmati tahap kesihatan yang lebih baik daripada mereka yang tak berkebun. 

Jadi, apa kata kita mula berkebun. Kotorkan tangan anda dengan tanah dari berkebun dan anda akan mendapati hidup anda lebih ceria tanpa stress.



Abu Adib,

No comments:

Post a Comment

Sila hantarkan komen anda disini. Boleh komen tentang penulisan dan macamana nak improve lagi blog ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Member's Form

Isi Maklumat Anda Sekarang
untuk tidak ketinggalan menerima update terbaru
Name
Email