About Us

Friday, December 2, 2011

Adakah Hijrah Kita Dirancang?


Salam Sejahtera.

Salam Ma'al Hijrah untuk semua. Ma'al Hijrah tahun ini disambung dengan gembira oleh rakyat di seluruh pelusuk negara. Apa taknya, hari Ma'al Hijrah jatuh pada hari Ahad, bermakna hari isnin adalah hari cuti ganti. Jadi kita dapatlah cuti 3hari hujung minggu tersebut.

Setiap kali tiba Ma'al Hijrah kita diingatkan kembali kepada Hijrah Rasulullah S.A.W. Kita selalu membincangkan bagaimana peristiwa Hijrah Rasulullah S.A.W dan Abu Bakar R.A berlaku dan bagaimana sambutan terhadapat Rasulullah S.A.W di Madinah.

Saya tertarik dengan tazkirah yang disampaikan oleh ustaz di radio IKIM.fm semalam. Beliau mengajak kita melihat bagaimana proses hijrah itu boleh berlaku. Hijrah Rasulullah S.A.W sebenarnya telah dirancang dengan amat teliti. Rasulullah S.A.W telah merancang dengan teliti bersama Abu Bakar R.A bermula daripada jalan yang akan diikuti, di mana mereka akan berhenti, siapa yang akan menghilangkan jejak mereka, siapa yang akan menghantar bekalan makanan sehinggalah kepada SB untuk menyampaikan perkembangan terkini di kota Mekah. Semua ini dirancangkan dengan aman teliti dan penuh rahsia. Ini dibuktikan dengan Rasulullah memberitahu Abu Bakar R.A supaya menyuruh anaknya beredar daripada ruang tamu ketika mereka berbincang di rumah Abu Bakar.

Daripada kisah tersebut dapat kita lihat bahawa jika kita hendak membuat sesuatu kita mestilah merancang. Jika kita ingin mendapat extra income dengan berniaga secara online, kita hendaklah merancang. Perlu ada target berapa income yang kita ingin capai sebulan. Kemudian mesti survey perniagaan apa yang kita hendak jalankan. Untuk berjaya, mestilah pilih perniagaan yang ada demand yang ramai pembeli di internet. Setelah kenal pasti jenis perniagaan, kita mestilah pula merancang pelan pemasaran. Mesti rancang di mana nak iklan samada di website, facebook, blog ataupun melalui email. Pendek kata, semuanya perlu di rancang dengan teliti. Selepas kita merancang dan melaksanakan apa yang terdaya, baru lah kita serah kepada Allah. Jika kita sekadar ikut sahaja, orang jual barang A kita pun nak jual barang A tanpa ada perancangan, memang CONFIRM kita akan gagal.

Jadi, renung-renungkan dan selamat beramal....

Abu Adib

No comments:

Post a Comment

Sila hantarkan komen anda disini. Boleh komen tentang penulisan dan macamana nak improve lagi blog ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Member's Form

Isi Maklumat Anda Sekarang
untuk tidak ketinggalan menerima update terbaru
Name
Email