About Us

Tuesday, December 20, 2011

Apa Aku Buat Di Sini?

Salam Sejahtera,

Semenjak semalam, saya menghadiri kursus teknikal anjuran syarikat tempat saya bekerja.  Pengajar kami adalah seorang Profesor daripada university dari Taiwan. Ternyata beliau memang seorang “expert” dalam bidangnya. Beliau menghuraikan satu persatu teori secara detail. Masalahnya, semakin banyak teori yang beliau terangkan, saya menjadi semakin tak faham :-( .

Puncanya mungkin, Pertama: Professor tu masuk terlalu detail mengenai teori. Kedua:  Pengetahuan saya banyak lagi yg kurang kerana tak dapat follow Profesor tersebut. Rasanya punca yang kedua lebih tepat :-) . Semasa rehat, saya terfikir adakah saya berada di tempat yang betul? Lebih extreme lagi, adakah saya berada di bidang pekerjaan yang betul?  Dah 10 tahun dalam bidang ini, tiba-tiba datang fikiran sebegitu.  Adakah saya telah memilih bidang kerjaya yang salah?


Mesti ramai di antara kawan-kawan juga yang berada di tempat sama. Mungkin ramai yang merasakan bidang pekerjaan mereka sekarang bukan sesuatu yang mereka minat dan bukan bidang yang mereka bagus. Semasa belajar dulu, saya mengambil jurusan kejuruteraan komputer. Ini kerana saya minat dengan komputer. Ironinya, saya lebih cemerlang dalam subjek yang bukan dalam bidang kejuruteraan computer. Selepas belajar saya mendapat kerja di bidang elektrikal dan elektronik. Bukan bidang yang saya suka dan mata pelajaran elektrik adalah antara subjek yang saya lemah semasa di Universiti dulu.

Berbalik kepada persoalan saya tadi, adakah saya berada di bidang yang salah kerana ini bukan minat saya dan pengetahuan dalam bidang ini juga tak berapa kuat.  Tiba-tiba saya teringat pada video mendiang Steve Jobs (pengasas Apple).  Klik sini jika anda belum lihat video tersebut. Transkrip ucapan beliau boleh didapati di link ini. Apa yang berlaku kepada beliau: tak menamatkan pengajian, mengasaskan Syarikat Apple, dipecat daripada Apple sebelum berusia 30 tahun dan kembali menerajui Apple beberapa tahun kemudian. Siapa beliau hari ini adalah hasil daripada apa yang terjadi kepada beliau sebelum ini.

Beliau berhenti belajar kerana tak nampak masa depan dengan pelajaran beliau. Apabila beliau berhenti belajar, beliau mengambil kesempatan belajar kaligrafi sambil menumpang di bilik kawan dengan hanya tidur di atas lantai. Kata beliau, pengetahuan daripada kaligrafilah yang menjadikan Apple lebih menarik daripada Windows :-) . Selepas beliau dipecat daripada Apple, beliau telah berjaya mengasaskan PIXAR, akhirnya menjadi salah sebuah syarikat animasi terbesar di dunia. Beliau menukar bencana yang terjadi menjadi peluang untuk berjaya.



Salah satu perenngan ucapan beliau "Your time is limited, so don't waste it living someone else's life. Don't be trapped by dogma — which is living with the results of other people's thinking. Don't let the noise of others' opinions drown out your own inner voice. And most important, have the courage to follow your heart and intuition. They somehow already know what you truly want to become. Everything else is secondary."

Ini membuatkan saya berfikir lagi. Mungkin ada hikmahnya “tersangkut” selama 10 tahun di bidang pekerjaan yang tak diminati ni. Apa hikmahnya, mungkin akan tahu bila dah berumur 50 tahun nanti. Walau apa pun, kena kenalpasti apa peluang yang ada dan buat apa yang kita minat dengan bersungguh dengan peluang dan kekangan yang ada. Bak kata mendiang Steve Jobs "Stay Hungry, Stay Foolish".

Steve Jobs
1955 - 2011


Abu Adib,
Semenyih.

No comments:

Post a Comment

Sila hantarkan komen anda disini. Boleh komen tentang penulisan dan macamana nak improve lagi blog ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Member's Form

Isi Maklumat Anda Sekarang
untuk tidak ketinggalan menerima update terbaru
Name
Email