About Us

Thursday, January 5, 2012

Sambutan Tahun Baru 2012

Salam Sejahtera,

Rasanya belum  terlambat lagi untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada anda semua.Seperti biasa, sambutan malam menjelang tahun baru di anjurkan di merata-rata tempat di seluruh negara.

Saya tertarik dengan sambutan yang diadakan di Dataran Shah Alam. Watak utama dalam majlis tersebut ialah Ustaz Azhar Idrus (UAI) dan Zizan Raja Lawak. Programnya pula adalah gabungan antara ibadat & hiburan. Dimulakan dengan solat maghrib berjemaah, hinggalah persembahan daripada artis dan sesi soal jawab agama dengan UAI.



Saya sangat terkejut bila membaca laporan seramai 70,000 hingga 80,000 orang datang untuk menyaksikan program tersebut. Kalah program-program di Dataran Merdeka & di KLCC. Apa sebabnya? Walau apa pun sebabnya, penganjur telah membuktikan program yang tidak melalaikan jika kena caranya pun akan mempunyai peminat malah boleh mengalahkan program-program lain yang me"lagho"kan.

Saya kongsi video-video daripada youtube UAI bersama Zizan sepanjang program itu berlangsung. Enjoy.. :)


UAI tunjuk skill main gitar


Salah ke main alat muzik ni?

Boleh ke tak buat sambutan tahun baru ni?


Apa hukumnya kalau langgar lampu merah Ustaz....


Berapa meter keta ustaz??


Diakhiri dengan doa penutup...

Jika anda rasa apa yang ditulis berguna untuk di sampaikan kepada orang lain, sila share posting ini dengan click share button samada facebook / twitter / dll .. Sama2 kita berkongsi manfaat.

Abu Adib

No comments:

Post a Comment

Sila hantarkan komen anda disini. Boleh komen tentang penulisan dan macamana nak improve lagi blog ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Member's Form

Isi Maklumat Anda Sekarang
untuk tidak ketinggalan menerima update terbaru
Name
Email