"Kita tak ambil tanah peneroka, tanah milik peneroka kekal. Kita ambil tanah perladangan yang tiada peneroka. Hak peneroka tetap kita kekalkan,'' kata DS Najib Tun Razak.
Petikan daripada Utusan Malaysia 11 Mei 2012.
Adakah betul apa yang dijanjikan oleh PM kita?
Sama-sama kita lihat beberapa tahun lagi...
Saja post kat sini supaya kita boleh refer balik nanti.
Penyenaraian bawa kekayaan
Oleh ABD. HALIM HADI TALIB
pengarang@utusan.com.my

NAJIB Tun Razak diiringi Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed melepaskan kenderaan pemandu-pemandu teksi yang memberi sokongan kepada parti pada majlis Pelancaran Pusat Khidmat Rakyat (Pakar) Barisan Nasional Selangor di Bangunan UMNO Selangor, Shah Alam, semalam. - UTUSAN/SAHARUDDIN ABDULLAH
KUALA LUMPUR 10 Mei - Penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke Bursa Malaysia menjelang pertengahan tahun ini merupakan usaha kerajaan yang mampu membawa kekayaan kepada Felda dan golongan peneroka secara lonjakan berganda.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tujuan penyenaraian dilakukan adalah untuk menambah nilai pasaran terhadap aset yang dimiliki oleh Felda.
"Jika tidak disenaraikan, harga yang kita ada itu tidak dapat dilonjakkan. Bila disenaraikan nilainya akan ditentukan oleh pasaran secara berlipat ganda.
"Sebahagian daripada kekayaan yang diperoleh daripada pasaran itu kemudian akan diserahkan kepada peneroka Felda," katanya ketika menjawab soalan pemanggil semasa temubual rancangan Sinar Pagi selama satu jam di stesen radio Sinar fm di sini, hari ini.
Semasa siaran selama satu jam itu, Najib turut mengulangi janji kerajaan tidak akan merampas mana-mana tanah milik peneroka manakala semua manfaat yang dinikmati oleh golongan peneroka Felda tidak akan terjejas.
"Kita tak ambil tanah peneroka, tanah milik peneroka kekal. Kita ambil tanah perladangan yang tiada peneroka. Hak peneroka tetap kita kekalkan,'' katanya.
Penyenaraian FGVH merupakan langkah kerajaan untuk meningkatkan prestasi dan produktiviti syarikat tersebut seiring dengan pemain industri perladangan global lain di dunia berikutan saingan industri yang semakin pesat di rantau ini.
sumber:
http://utusan.com.my/info.asp?y=2012&dt=0511&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm
Abu Adib
_________________________________
Belajar membina website dan cara menjana pendapatan di internet
http://abuadib.ws/automlmanda_malay.html
_________________________________
Dapatkan Perfume Original Dengan Harga Diskaun
Klik Sini